Seksyen 22
Seksyen 22
Semua harta dan hak dan kepentingan dalam harta yang pada asalnya dibawa ke dalam stok perkongsian atau diperolehi, sama ada melalui pembelian atau sebaliknya, untuk firma itu atau bagi maksud-maksud dan dalam perjalanan urusan perkongsian itu, adalah dalam Akta ini dipanggil harta perkongsian dan mestilah dipegang dan digunakan oleh pekongsi-pekongsi secara eksklusif bagi maksud-maksud perkongsian dan menurut perjanjian perkongsian:
Dengan syarat bahawa harta di sisi undang-undang atau kepentingan di dalam mana-mana tanah kepunyaan perkongsian itu hendaklah turun mengikut jenis dan tempohnya dan kaedah-kaedah am undang-undang yang terpakai kepadanya tetapi atas amanah, sejauh mana yang perlu, bagi orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial dalam tanah itu di bawah seksyen ini.
(2)
Jika tuan punya bersama bagi harta atau kepentingan dalam sesuatu tanah, yang bukan sendirinya harta perkongsian, adalah pekongsi-pekongsi bagi keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan tanah itu, dan membeli tanah lain dari keuntungan yang digunakan dengan cara yang sama, tanah yang dibeli sedemikian adalah kepunyaan mereka, jika tidak ada apa-apa perjanjian sebaliknya, bukan sebagai pekongsi-pekongsi, tetapi sebagai tuan punya bersama masing-masingnya bagi harta dan kepentingan yang sama sebagaimana dipegang oleh mereka di d'alam tanah yang pertama kali disebutkan pada tarikh pembelian itu.
16
Harta yang dibeli dengan wang perkongsian.