Seksyen 31
ActIn forceProvision 31 of 47
Seksyen 31
(1)
Tiap-tiap pekongsi mestilah menerangkan kepada firma sesuatu faedah yang diterimanya, tanpa persetujuan pekongsi-pekongsi lain, daripada sesuatu transaksi berkenaan dengan perkongsian itu atau daripada penggunaan harta, nama atau hubungan urusan perkongsian olehnya.
(2)
Seksyen ini juga terpakai bagi transaksi yang dijalankan setelah perkongsian dibubarkan dengan kematian seorang pekongsi, dan sebelum hal-ehwal perkongsian digulungkan sepenuhnya, sama ada oleh seseorang pekongsi penekat atau oleh wakil-wakil pekongsi yang telah mati.