Seksyen 33
Seksyen 33
Suatu penyerahhakan oleh seseorang pekongsi akan bahagiannya dalam perkongsian, sama ada secara mutlak atau melalui gadai-janji atau gadaian yang boleh ditebus, tidak akan, terhadap pekongsi-pekongsi lain, memberi hak kepada penerima penyerahhakan itu, semasa perkongsian itu berterusan, untuk campur tangan dalam pengurusan atau pentadbiran urusan atau hal-ehwal perkongsian itu, atau untuk menghendaki apa-apa keterangan mengenai transaksi perkongsian itu, atau untuk memeriksa buku-buku perkongsian itu, tetapi memberi hak kepada penerima penyerahhakan untuk menerima bahagian keuntungan yang mana pekongsi yang menyerahhakkan itu sepatutnya berhak, dan penerima penyerahhakan mesti menerima akaun keuntungan yang dipersetujui oleh pekongsi-pekongsi.
(2)
Dalam hal suatu pembubaran perkongsian, sama ada berkenaan dengan semua pekongsi atau berkenaan dengan pekongsi yang menyerahhakkan, penerima penyerahhakan adalah berhak untuk menerima bahagian aset perkongsian yang mana pekongsi yang menyerahhakkan itu adalah berhak di antaranya dan pekongsi-pekongsi lain, dan, bagi maksud menentukan bahagian itu, dia berhak menerima akaun perkongsian dari tarikh pembubaran itu.