Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IV · Hubungan Pekongsi Sesama Sendiri
29. Section 29
Feedback & support(1)
Jika suatu perkongsian yang dibuat bagi suatu tempoh tetap diteruskan setelah habis tempoh itu, dan tanpa apa-apa perjanjian baru yang nyata, hak dan kewajipan pekongsi adalah sama seperti pada masa tempoh itu habis, setakat yang konsisten dengan insiden perkongsian mengikut kehendak.
(2)
Penerusan urusan oleh pekongsi atau mana-mana daripada mereka yang lazimnya bertindak dalamnya semasa tempoh itu, tanpa apa-apa penyelesaian atau likuidasi akan hal-ehwal perkongsian, adalah dianggap sebagai penerusan perkongsian itu.