Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian IV · Hubungan Pekongsi Sesama Sendiri

25. Section 25

Feedback & support
(1)

Suatu writ pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan terhadap mana-mana harta perkongsian kecuali atas suatu penghakiman terhadap firma itu.

(2)

Mahkamah boleh atas permohonan melalui saman oleh mana-mana pemiutang penghakiman seseorang pekongsi, membuat suatu perintah mempertanggungkan kepentingan pekongsi itu dalam harta dan keuntungan perkongsian itu dengan bagi pembayaran amaun hutang penghakiman dan bunga ke atasnya, dan dengan perintah yang sama atau yang berikutnya, boleh melantik seorang penerima bagi bahagian keuntungan pekongsi itu (sama ada telah diisytiharkan atau masih terakru), dan bagi apa-apa wang lain yang akan diterimanya berkenaan dengan perkongsian itu, dan mengarahkan segala akaun dan siasatan, dan memberi segala perintah dan arahan lain, yang mungkin telah diarahkan atau diberikan jika gadaian itu telah dibuat bagi faedah pemiutang penghakiman oleh pekongsi itu, atau yang mengikut kehendak hal keadaan kes.

(3)

Pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain adalah bebas pada bila-bila masa untuk menebus kepentingan yang digadaikan, atau, jika kepentingan itu diarahkan supaya dijual, untuk membeli kepentingan itu.

Report

Bahagian V

Pembubaran Perkongsian dan Akibatnya