Skip to content

Seksyen 28

of Akta Perkongsian 1961

ActIn forceProvision 28 of 47

Seksyen 28

(1)

Jika tiada apa-apa tempoh tetap dipersetujui bagi jangka masa perkongsian itu, seseorang pekongsi boleh menamatkan perkongsian itu pada bila-bila masa apabila dia memberi notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada semua pekongsi lain.

(2)

Jika pada asalnya perkongsian itu telah ditubuhkan oleh dokumen bertulis, suatu notis bertulis, yang ditandatangani oleh pekongsi yang memberinya, adalah mencukupi bagi maksud ini.