Akta Perkongsian 1961 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IV · Hubungan Pekongsi Sesama Sendiri
26. Section 26
Feedback & supportKepentingan pekongsi dalam harta perkongsian, dan hak dan kewajipan mereka berhubungan dengan perkongsian itu, hendaklah ditentukan, tertakluk kepada apa-apa perjanjian, secara nyata atau tersirat, antara pekongsi itu, oleh kaedah-kaedah yang berikut:
semua pekongsi adalah berhak berkongsi secara sama rata modal dan keuntungan urusan itu, dan mestilah membuat sumbangan secara sama rata-bagi kerugian, sama ada kerugian modal atau selainnya, yang dialami oleh firma itu;
firma mestilah menanggung rugi tiap-tiap pekongsi berkenaan dengan bayaran yang dibuat dan liabiliti diri yang ditanggung olehnya—
dalam perjalanan biasa dan wajar urusan firma itu; atau
Perkongsian
dalam atau mengenai apa-apa jua yang perlu dilakukan bagi pemeliharaan urusan atau harta firma itu;
seseorang pekongsi yang membuat, bagi maksud perkongsian, apa-apa bayaran atau pendahuluan sebenar yang melebihi amaun modal yang dia telah bersetuju untuk menyumbang, adalah berhak menerima bunga atas kadar lapan peratus setahun dari tarikh bayaran atau pendahuluan itu;
seseorang pekongsi tidak berhak, sebelum keuntungan ditentukan, kepada bunga atas modal yang disumbangkannya;
tiap-tiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam menguruskan urusan perkongsian itu;
tiada seorang pun pekongsi berhak menerima saraan kerana bertindak dalam urusan perkongsian itu;
tiada seorang pun boleh diterima sebagai seorang pekongsi tanpa persetujuan semua pekongsi yang ada;
apa-apa perselisihan yang timbul tentang perkara biasa yang berkaitan dengan urusan perkongsian boleh diputuskan oleh majoriti pekongsi itu, tetapi tiada perubahan boleh dibuat bagi jenis urusan perkongsian itu tanpa persetujuan semua pekongsi yang ada; dan
buku perkongsian hendaklah disimpan di tempat urusan perkongsian (atau di tempat utama, jika ada lebih daripada satu tempat) dan tiap-tiap pekongsi, apabila difikirkannya patut, boleh ada akses kepada dan memeriksa dan menyalin mana-mana buku itu.