Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
102. Pengawal data yang berkaitan, dsb., hendaklah dimaklumkan mengenai keputusan pemeriksaan
Feedback & supportJika Pesuruhjaya telah menyelesaikan suatu pemeriksaan terhadap suatu sistem data peribadi, dia hendaklah mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa yang difikirkannya patut memaklumkan pengawal data yang berkaitan atau golongan pengawal data yang dalamnya pengawal data yang berkaitan itu tergolong mengenai—
keputusan pemeriksaan itu;
apa-apa syor yang didapati daripada pemeriksaan itu yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya untuk dibuat yang berhubungan dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya Prinsip Perlindungan
Data Peribadi, oleh pengawal data yang berkaitan atau golongan pengawal data yang dalamnya pengawal data yang berkaitan itu tergolong; dan
apa-apa ulasan lain yang berbangkit daripada pemeriksaan itu yang difikirkannya patut.
Perlindungan Data Peribadi 77