Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
104. Aduan
Feedback & supportMana-mana individu atau orang yang berkaitan boleh membuat aduan secara bertulis kepada Pesuruhjaya mengenai sesuatu perbuatan, amalan atau permintaan—
(a)
yang dinyatakan dalam aduan itu;
(b)
yang telah dilakukan atau dibuat, atau yang sedang dilakukan atau dibuat, oleh pengawal data yang dinyatakan dalam aduan itu;
(c)
yang berhubung dengan data peribadi yang mengenainya individu itu merupakan subjek data; dan
(d)
yang mungkin melanggar peruntukan Akta ini, termasuk mana-mana tataamalan.
Undang-Undang Malaysia 78