Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VIII · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

105. Penyiasatan oleh Pesuruhjaya

Feedback & support
(1)

Jika Pesuruhjaya menerima suatu aduan di bawah seksyen 104, Pesuruhjaya hendaklah, tertakluk pada seksyen 106, menjalankan suatu penyiasatan berhubung dengan pengawal data yang berkaitan untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu melanggar peruntukan Akta ini.

(2)

Jika Pesuruhjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perbuatan, amalan atau permintaan telah dilakukan atau dibuat, atau sedang dilakukan atau dibuat, oleh pengawal data yang berkaitan berhubung dengan data peribadi dan perbuatan, amalan atau permintaan itu mungkin melanggar peruntukan Akta ini, Pesuruhjaya boleh menjalankan suatu penyiasatan berhubung dengan pengawal data yang berkaitan itu untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan itu melanggar peruntukan Akta ini.

(3)

Bahagian IX hendaklah terpakai berkenaan dengan penyiasatan yang dijalankan oleh Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini.

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan