Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
107. Pesuruhjaya boleh menjalankan atau meneruskan penyiasatan yang dimulakan melalui aduan walaupun aduan itu ditarik balik
Feedback & supportJika Pesuruhjaya berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dia boleh menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan walaupun pengadu itu telah menarik balik aduan itu dan, dalam mana-mana hal sedemikian, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi aduan dan pengadu itu seolah-olah aduan itu telah tidak ditarik balik.