Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian IV · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya
48. Fungsi Pesuruhjaya
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menasihati Menteri mengenai dasar kebangsaan bagi perlindungan data peribadi dan segala perkara lain yang berkaitan;
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi, termasuk perumusan dasar dan tatacara operasi;
untuk memajukan dan menggalakkan persatuan atau badan yang mewakili pengawal data untuk menyediakan tataamalan dan menyebarkan tataamalan itu kepada anggotanya bagi maksud Akta ini;
untuk bekerjasama dengan pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(Dipotong oleh Akta A1727);
untuk menjalankan atau menyebabkan dijalankan penyelidikan terhadap dan mengawasi pembangunan dalam pemprosesan data peribadi, termasuk teknologi, untuk mengambil kira kemungkinan apa-apa kesan pembangunan itu terhadap privasi individu berhubung dengan data peribadinya;
untuk memantau dan menyelia pematuhan peruntukan Akta ini, termasuk pengeluaran pekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana orang;
Perlindungan Data Peribadi 55
untuk menggalakkan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam mengenai kuat kuasa Akta ini;
untuk berhubung dan bekerjasama dengan orang yang melaksanakan fungsi perlindungan data peribadi yang seumpama di mana-mana tempat di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berkepentingan bersama, termasuk perkara yang melibatkan privasi individu berhubung dengan data peribadinya;
untuk mewakili Malaysia melalui penyertaan dalam acara yang berhubung dengan perlindungan data peribadi sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan
untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu, memberi kebaikan dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.