Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian IV · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

50. Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa, melantik apa-apa bilangan pegawai awam sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan apa-apa bilangan orang sebagai

Penolong Pesuruhjaya sebagaimana yang perlu untuk membantu

Pesuruhjaya dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, elaun atau faedah, dan hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya, dengan kelulusan Menteri.

(3)

Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada penyeliaan, arahan dan kawalan Pesuruhjaya.

Report

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan