Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian IV · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

56. Pengosongan jawatan

Feedback & support

Jawatan Pesuruhjaya hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai Pesuruhjaya atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama baik jawatan Pesuruhjaya;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(f)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

(g)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

Report

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan