Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian IV · Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya
49. Kuasa Pesuruhjaya
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pesuruhjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk mengutip apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar, perunding atau mana-mana orang lain yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;
untuk merumuskan pembangunan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan patut dan berkesan;
untuk membuat kontrak;
Undang-Undang Malaysia 56
untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau tak alih bagi pelaksanaan fungsinya, dan untuk memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai harta itu atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak padanya;
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.