Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VI · Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi
71. Fungsi Jawatankuasa Penasihat
Feedback & support(1)
Fungsi Jawatankuasa Penasihat adalah—
(a)
untuk menasihati Pesuruhjaya mengenai segala perkara yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi, dan pentadbiran dan penguatkuasaan sewajarnya Akta ini; dan
(b)
untuk menasihati Pesuruhjaya mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan olehnya kepada Jawatankuasa Penasihat.
(2)
Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atas nasihat
Jawatankuasa Penasihat.