Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VI · Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi
74. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Feedback & support(1)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Penasihat dan hendaklah menyatakan sebab bagi pembatalan itu.
(2)
Seorang anggota Jawatankuasa Penasihat yang dilantik di bawah seksyen 72 boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri empat belas hari sebelum tarikh peletakan jawatan yang diniatkan itu.