Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VI · Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi
78. Masa dan tempat mesyuarat
Feedback & support(1)
Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
(2)
Pengerusi hendaklah memanggil suatu mesyuarat jika dia diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya empat orang anggota Jawatankuasa
Penasihat.