Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VI · Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi
76. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seorang anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa
Penasihat atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama baik Jawatankuasa Penasihat;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri suatu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat tanpa kebenaran
Menteri secara bertulis;
dalam hal seorang anggota Jawatankuasa Penasihat selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Penasihat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi secara bertulis;
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 66