Skip to content

Seksyen 18B

Kes dinyatakan berhubung dengan soalan undang-undang

of Akta Persatuan Nelayan 1971

ActIn forceProvision 23 of 42
Seksyen 18B
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 18A, Menteri boleh pada bila-bila masa apabila sesuatu rayuan dibuat kepadanya di bawah seksyen itu merujukkan apa-apa soalan undang-undang yang timbul dalam perjalanan prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu untuk pendapat Mahkamah Tinggi.

(2)

Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan memutuskan soalan undang-undang yang dirujukkan itu.