Skip to content

Seksyen 32A

Pembuktian catatan dalam buku Persatuan Nelayan

of Akta Persatuan Nelayan 1971

ActIn forceProvision 39 of 42
Seksyen 32A
(1)

Sesuatu salinan apa-apa catatan dalam mana-mana buku yang lazimnya disimpan dalam perjalanan urusan sesuatu Persatuan

Nelayan hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan, diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang, sivil atau jenayah, sebagai keterangan prima facie tentang adanya catatan sedemikian dan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi perkara, transaksi dan akaun yang tercatat di dalamnya jika, dan setakat yang sama seperti, catatan asal itu sendiri boleh diterima.

Persatuan Nelayan 29

(2)

Tiada pegawai mana-mana Persatuan Nelayan boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Persatuan Nelayan itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, boleh dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku persatuan itu yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi bagi membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang dicatatkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan berbuat demikian oleh

Mahkamah atas sebab yang tertentu.

Pindaan

*33. Akta Persatuan Peladang 1967 [Akta 22 tahun 1967] adalah dengan ini dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “atau di muara atau di laut”

yang terdapat dalam takrif “peladang” di bawah seksyen 2; dan

(b)

dengan memasukkan perkataan “di daratan” sebaik selepas perkataan “perikanan” yang terdapat dalam perenggan 5(a).