Skip to content

Seksyen 30

Dilarang menggunakan perkataan “Persatuan Nelayan”

of Akta Persatuan Nelayan 1971

ActIn forceProvision 36 of 42
Seksyen 30
(1)

Tiada seseorang, sesuatu pertubuhan atau persatuan, selain

Persatuan Nelayan yang didaftarkan di bawah Akta ini, boleh berniaga atau menjalankan urusan dengan apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi perkataan “Persatuan Nelayan” tanpa kebenaran

Menteri:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai terhadap penggunaan oleh mana-mana orang, persatuan atau pertubuhan atau penggantinya yang berkepentingan apa-apa nama atau gelaran yang digunakan bagi perniagaan atau urusan yang dijalankan pada masa Akta ini mula berkuat kuasa.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit, dan, bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tambahan sebanyak lima ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.