Seksyen 28
of Akta Persatuan Nelayan 1971
ActIn forceProvision 34 of 42
Seksyen 28
(1)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini Menteri boleh, dengan perintah khas bagi setiap hal dan tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana Persatuan Nelayan daripada mana-mana kehendak pendaftaran di bawah Akta ini.
(2)
Menteri boleh, dengan perintah am atau khas, mengecualikan mana-mana Persatuan Nelayan daripada mana-mana peruntukan lain
Akta ini, atau boleh mengarahkan bahawa peruntukan itu terpakai bagi persatuan itu mulai dari tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Persatuan Nelayan 27