Seksyen 13
Penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi
of Akta Petunjuk Geografi 2022
ActIn forceProvision 13 of 101
Seksyen 13
(1)
Jika suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi disetuju terima di bawah subseksyen 12(6) atau (9),
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu notis setuju terima kepada pemohon yang menghendaki pemohon itu untuk membuat bayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 836
(2)
Jika pemohon gagal untuk membuat bayaran di bawah subseksyen (1), permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.