Seksyen 14
Penyiaran penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi
of Akta Petunjuk Geografi 2022
ActIn forceProvision 14 of 101
Seksyen 14
(1)
Apabila bayaran fi yang ditetapkan diterima daripada pemohon di bawah subseksyen 13(1), penyetujuterimaan permohonan itu hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.
(2)
Penyiaran di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi semua syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan yang tertakluk kepadanya permohonan di bawah seksyen 13
telah disetuju terima.