Seksyen 26
Pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi berdaftar
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Seseorang tuan punya berdaftar boleh memfailkan suatu permohonan bagi pemindahmilikan pendaftaran suatu petunjuk geografi kepada orang lain dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 836
(2)
Pendaftaran suatu petunjuk geografi itu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain melainkan jika orang itu—
(a)
berhak untuk memfailkan suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di bawah subseksyen 8(1); dan
(b)
memberikan persetujuan secara bertulis bagi pendaftaran petunjuk geografi itu untuk dipindah milik kepadanya.
(3)
Apabila permohonan bagi pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi itu diterima daripada tuan punya berdaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
dan kehendak di bawah subseksyen (2) telah dipatuhi, Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi itu.