Akta Petunjuk Geografi 2022 · Updated to 16 Mar 2022 · Bahagian VII · Kesan Petunjuk Geografi Berdaftar
28. Hak penggunaan pengeluar
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada seksyen 25, seseorang pengeluar yang menjalankan suatu aktiviti dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam Daftar hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan petunjuk geografi berdaftar itu dalam penjalanan perdagangan.
(2)
Hak penggunaan itu hendaklah berkenaan dengan barang mengikut kualiti, reputasi atau ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar.