Skip to content

Seksyen 84

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 85 of 91

Seksyen 84

(1)

Jika apa-apa harta yang nilainya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dipegang oleh Pegawai Pentadbir Pusaka, sama ada menurut kuasa suatu pemberian surat kuasa pentadbiran kepadanya atau menurut kuasa kuasakuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan harta itu dipegang olehnya atas amanah untuk mana-mana orang bagi apa juapun kepentingan, sama ada terletakhak atau kontinjen maka, tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau gadaian terdahulu yang menyentuh harta itu, Pegawai Pentadbir Pusaka boleh mengikut budi bicaranya sendiri, semasa mana-mana orang sedemikian belum dewasa, berkenaan dengan nafkah, pendidikan atau faedah orang itu, membuat pembayaran daripada keseluruhan atau apa-apa bahagian pendapatan dan wang modal harta itu sebagaimana yang munasabah mengikut segala hal keadaan.

(2)

Jika nilai harta yang dipegang sedemikian melebihi dua puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi empat puluh ribu ringgit, Pegawai Pentadbir Pusaka boleh membuat pembayaran daripada wang modal setakat dua puluh ribu ringgit.

(3)

Pembayaran di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh dibuat kepada ibu bapa atau penjaga orang itu atau selainnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka mengikut budi bicaranya, dan sama ada terdapat atau tidak terdapat—

(a)

apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau

(b)

mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi nafkah atau pendidikan orang itu.