Seksyen 85
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 85
Jika nilai sepenuhnya apa-apa harta (tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki oleh si mati atau yang kepadanya si mati berhak sebagai pemegang amanah dan tidak secara benefisial) yang ditadbirkan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka, sama ada menurut kuasa suatu pemberian surat kuasa pentadbiran kepadanya atau menurut kuasa kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit, maka tidaklah perlu bagi Pegawai Pentadbir Pusaka untuk memberikan notis melalui iklan dalam Warta atau selainnya mengenai niatnya untuk membahagi-bahagikan harta pusaka itu atau menghendaki mana-mana orang yang mempunyai kepentingan menghantar butir-butir mengenai tuntutannya terhadap harta pusaka itu, tetapi Pegawai Pentadbir Pusaka boleh dengan serta-merta terus memindahhakkan atau membahagi-bahagikan harta pusaka itu atau mana-mana bahagiannya kepada atau di kalangan orang-orang yang berhak kepadanya, dengan mengambil kira tuntutan-tuntutan itu sahaja, sama ada formal atau tidak, yang mengenainya Pegawai Pentadbir Pusaka telah diberikan notis ketika itu, dan Pegawai Pentadbir Pusaka tidaklah, berkenaan dengan harta yang dipindahhakkan atau dibahagi-bahagikan sedemikian, bertanggungan kepada mana-mana orang yang mengenai tuntutannya Pegawai Pentadbir Pusaka telah tidak diberikan notis pada masa pemindahhakan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh—
(a)
memudaratkan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta yang merupakan harta yang sama, ke dalam tangan mana-mana orang, selain daripada seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya; atau
(b)
membebaskan Pegawai Pentadbir Pusaka daripada apa-apa obligasi untuk membuat carian yang serupa dengan carian yang seseorang bakal pembeli patut membuat atau mendapatkan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini "Warta" ertinya Warta bagi Negeri dalam mana prosiding itu diadakan.