Skip to content

Seksyen 86

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 87 of 91

Seksyen 86

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika apabila selesai pentadbiran harta pusaka seseorang yang mati berwasiat atau tak berwasiat, masih terdapat dalam tangan Pegawai Pentadbir Pusaka, atau mana-mana wakil diri, wang yang tidak dapat dilupuskan dengan segera olehnya melalui cara pembahagian mengikut undang-undang oleh sebab ketakdayaan orang yang berhak itu untuk memberikan suatu pelepasan, kerana kurang keupayaan di sisi undang-undang atau selainnya, atau oleh apa-apa sebab lain yang didapati mencukupi oleh Pemegang

Amanah Raya, maka Pegawai Pentadbir Pusaka atau wakil diri lain, mengikut mana-mana yang berkenaan boleh, jika Pemegang Amanah Raya bersetuju untuk menerimanya, membayar wang itu kepada Pemegang Amanah Raya yang tidak dikehendaki membuat apa-apa siasatan sama ada pentadbiran itu telah dijalankan mengikut undang-undang, tetapi boleh menerima wang itu sebagai seorang pemegang amanah bagi orang yang berhak itu, dan menggunakannya bagi faedah orang itu dan boleh bagi maksud itu menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah seksyen 84, seolah-olah sebutan dalam seksyen itu mengenai Pegawai Pentadbir Pusaka adalah sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya.

(2)

Resit Pemegang Amanah Raya boleh diterima oleh Pegawai Pentadbir Pusaka atau wakil diri lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah menjadi suatu pelepasan yang penuh dan mencukupi berkenaan dengan wang itu.

(3)

Jika amaun yang masih terdapat dalam tangan Pegawai Pentadbir Pusaka dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) berkenaan dengan apaapa harta pusaka adalah kurang daripada satu ribu ringgit, maka wang itu hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 5 dan 7 Akta Wang Tak Dituntut 1965, seolah-olah wang itu adalah wang yang dibayar ke dalam mahkamah dengan menggantikan perkataan "lima belas tahun" dalam seksyen 5 Akta itu dengan perkataan "tiga tahun".