Standards of Malaysia Act 1996 · Updated to 30 Apr 2012 · Bahagian V · Standard dan Akreditasi
Standards of Malaysia Act 1996 · Updated to 30 Apr 2012 · Bahagian V · Standard dan Akreditasi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada kumpulan orang boleh, kecuali dengan persetujuan
Menteri, menjalankan fungsi yang baginya ia dibentuk di bawah suatu nama yang mengandungi perkataan “Standard Malaysia” atau
“Jabatan Standard, Malaysia” atau apa-apa singkatan atau singkatan yang mengelirukan atau apa-apa yang menyerupainya.
Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakan peruntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihak berkuasa pendaftaran boleh enggan mendaftarkan jika pada pendapatnya penggunaan nama yang dengannya kumpulan orang itu ingin didaftarkan dilarang di bawah subseksyen (1).
Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran selain daripada nama dan gelarannya sendiri.
Standard Malaysia 25
Mana-mana kumpulan orang atau mana-mana orang yang melakukan apa-apa tindakan berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawa tindakan itu tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan atau dengan niat hendak menipu, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VII