Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian V · Standard dan Akreditasi

21P. Menghalang pegawai diberi kuasa

Mana-mana orang yang—

(a)

mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini;

(b)

enggan memberikan akses kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

Standard Malaysia 35

(c)

enggan memberikan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan