Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian V · Standard dan Akreditasi

21G. Akses kepada data berkomputer

(1)

Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan