Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian V · Standard dan Akreditasi

21L. Pelepasan komputer, buku, rekod, dsb., yang disita

(1)

Jika mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada

Ketua

Pengarah, melepaskan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada

Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan