Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian V · Standard dan Akreditasi

21D. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang Majistret itu fikirkan perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi, atau ada di dalam atau pada mana-mana premis keterangan yang perlu untuk membuktikan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini,

Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki premis dan menggeledah bagi, menyita dan menahan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain;

(b)

untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan ditahan;

(c)

untuk mengambil milikan, dan memindahkan dari premis mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita dan menahannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang perlu;

(d)

untuk menggeledah mana-mana orang yang berada di dalam, atau pada, premis itu dan bagi maksud menggeledah, menahan orang itu dan memindahkannya ke tempat yang perlu untuk membantu penggeledahan, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau

Standard Malaysia 29

(e)

untuk memecah buka, memeriksa dan menggeledah mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis dan memasuki premis itu;

(b)

memasuki dengan secara kekerasan premis dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; atau

(d)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis yang digeledah di bawah subseksyen

(1)

sehingga penggeledahan itu selesai.

(3)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu.

(4)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3)

atau memindahkan komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan