Seksyen 12
Penzahiran kepentingan
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
Seseorang anggota Suruhanjaya yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau dalam apa-apa perbincangan mengenai salah laku di hadapan Suruhanjaya hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya kepada
Suruhanjaya.
(2)
Penzahiran kepentingan seseorang anggota Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit atau nota perbincangan mengenai salah laku itu dan anggota Suruhanjaya itu hendaklah mengundur diri daripada mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan itu atau semasa
Suruhanjaya membuat apa-apa keputusan yang berhubungan dengan salah laku itu.