Seksyen 5
Kuasa Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa dan boleh menjalankan segala benda yang perlu atau berkaitan dengan, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh—
(a)
menasihati Kerajaan mengenai penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan anggota pasukan polis;
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 11
(b)
membuat lawatan ke mana-mana tempat dan premis seperti balai polis, rumah kakitangan polis, lokap dan pusat tahanan dengan memberikan notis awal kepada
Ketua Jabatan yang berkaitan dan membuat apa-apa syor yang perlu;
(c)
menerima dan menilai apa-apa aduan salah laku bertulis daripada mana-mana orang terhadap mana-mana anggota pasukan polis dan menyiasat aduan itu;
(d)
mengumpul keterangan yang berhubungan dengan apa-apa aduan bertulis dan penyiasatan salah laku di bawah
Akta ini; dan
(e)
membuat syor tindakan tatatertib ke atas apa-apa salah laku yang dilakukan oleh mana-mana anggota pasukan polis kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.