Seksyen 4
Fungsi Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
ActIn forceProvision 4 of 47
Seksyen 4
Fungsi Suruhanjaya adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk menggalakkan integriti dalam kalangan anggota pasukan polis;
(b)
untuk menasihati Kerajaan dan membuat syor mengenai langkah-langkah yang sesuai untuk diambil dalam menggalakkan integriti dalam kalangan anggota pasukan polis;
(c)
untuk melindungi kepentingan orang awam melalui penanganan salah laku mana-mana anggota pasukan polis; dan
(d)
untuk membentuk dan mengadakan mekanisme bagi menerima aduan dan menyiasat salah laku oleh mana-mana anggota pasukan polis.