Skip to content

Seksyen 6

Anggota Suruhanjaya

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 6 of 47
Seksyen 6
(1)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat

Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada tujuh anggota

Suruhanjaya yang seorang daripadanya hendaklah dilantik sebagai

Pengerusi dan seorang lagi sebagai Timbalan Pengerusi.

(2)

Anggota Suruhanjaya adalah tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(3)

Anggota Suruhanjaya hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme, dalam perkara yang berhubungan dengan undang-undang, pentadbiran, penyiasatan, kewangan atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.