Skip to content
In forceUpdated to 18 Oct 2022Read it in English

Bahagian III · Pentadbiran

16. Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan Suruhanjaya yang perlu untuk membantu

Suruhanjaya menunaikan fungsinya dan menjalankan kuasanya dengan berkesan dan efisien dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi kerajaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya.

(3)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam daripada kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan untuk membantu Suruhanjaya.

(4)

Seseorang anggota Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan anggota pasukan polis yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada Pengerusi dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan anggota pasukan polis itu.

Report

Bahagian IV

Aduan Salah Laku

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Pelbagai