Skip to content

Seksyen 19

Kad kuasa

of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022

ActIn forceProvision 19 of 47
Seksyen 19
(1)

Bagi maksud Akta ini, suatu kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada seorang anggota dan pegawai Suruhanjaya.

(2)

Kad kuasa hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi

Suruhanjaya dan kad kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.

(3)

Seorang anggota atau pegawai Suruhanjaya yang bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau orang yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 839

Penggunaan pegawai, kakitangan atau kemudahan jabatan kerajaan, dsb.