Seksyen 17
Perunding
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
Suruhanjaya boleh mengambil khidmat mana-mana orang dalam kalangan pekhidmat awam dan pesara perkhidmat awam, atas apa-apa terma yang dikenakan oleh Suruhanjaya, sebagai perunding atau untuk melaksanakan apa-apa perkhidmatan yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 17
(2)
Seseorang yang diambil khidmat di bawah subseksyen (1)
yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan anggota pasukan polis yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada Pengerusi dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan anggota pasukan polis itu.