Seksyen 20
of Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022
ActIn forceProvision 20 of 47
Seksyen 20
(1)
Suruhanjaya boleh membuat permintaan dan perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan—
(a)
mana-mana kakitangan atau kemudahan sesuatu jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun; atau
(b)
mana-mana pegawai kerajaan termasuklah anggota pasukan polis, untuk bekerjasama dengan, atau membantu dalam penjalanan kewajipannya, atau untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun atau pegawai kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1)
adalah berkewajipan untuk memenuhi permintaan di bawah seksyen ini.