Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Persaingan
12. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
telah dibuktikan terhadapnya atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Suruhanjaya atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan atau mencemarkan nama
Suruhanjaya;
Suruhanjaya Persaingan 13
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri;
dalam hal seseorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi;
dia telah terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar yang bercanggah dengan kewajipannya sebagai anggota Suruhanjaya;
dia telah bertindak melanggar undang-undang persaingan;
pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri; atau
peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri.