Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Persaingan
5. Keanggotaan Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri atas syor
Menteri:
seorang Pengerusi;
empat orang anggota yang mewakili Kerajaan, seorang daripadanya hendaklah wakil Kementerian yang pada masa ini bertanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
dan
tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan perniagaan, industri, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan, perlindungan pengguna atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pelantikan anggota Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam
Warta.