Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Persaingan
11. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Feedback & support(1)
Pelantikan mana-mana anggota Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Perdana Menteri jika perlu demi kepentingan pelaksanaan berkesan dan berekonomi fungsi
Suruhanjaya.
(2)
Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan alasan secara bertulis.
(3)
Mana-mana anggota Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya melalui notis bertulis yang ditujukan kepada Perdana Menteri.