Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Persaingan

4. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu peranti yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Persaingan” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan

Suruhanjaya.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain itu yang diberi kuasa oleh

Pengerusi secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3), hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

Undang-Undang Malaysia 10

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.

(6)

Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja Suruhanjaya

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules