Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Persaingan
14. Penubuhan jawatankuasa
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang persaingan.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota
Suruhanjaya;
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya; dan
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat pentadbirannya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Suruhanjaya Persaingan 15
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.