Seksyen 112
Akaun yang diaudit hendaklah dihantar kepada anggota
Suatu salinan tiap-tiap akaun teraudit atau akaun tidak teraudit, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendak dibentangkan di hadapan suatu syarikat Labuan di suatu mesyuarat anggotanya berserta suatu salinan laporan juruaudit ke atas akaun itu
(jika terpakai) hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu, dihantar kepada semua anggota syarikat itu.
(2)
Mana-mana pengarah suatu syarikat Labuan yang gagal untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin pematuhan oleh syarikat itu dengan kehendak seksyen ini atau pengarah pemastautin yang dengan tindakan sengajanya telah menyebabkan apa-apa keingkaran oleh syarikat itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Lima puluh ribu ringgit dan penalti ingkar sebanyak lima ratus ringgit.
*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat perenggan 41(b)(ii) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022
[Akta A1653].
Syarikat Labuan 135