Seksyen 114
Pemberhentian dan peletakan jawatan juruaudit
Suatu syarikat Labuan boleh, di suatu mesyuarat anggota yang notis khas mengenainya telah diberi kepada juruaudit dan
Lembaga, tetapi tidak sebaliknya, memberhentikan seorang juruaudit daripada jawatannya, tetapi hendaklah di mesyuarat di mana juruaudit itu diberhentikan atau di suatu mesyuarat anggota yang diadakan dalam masa sebulan kemudiannya, melantik seorang juruaudit diluluskan untuk mengambil tempat juruaudit yang diberhentikan itu.
(2)
Seorang juruaudit suatu syarikat Labuan boleh, jika dia bukannya juruaudit tunggal, meletakkan jawatannya pada bila-bila masa tetapi seorang juruaudit tunggal suatu syarikat Labuan boleh meletakkan jawatannya di suatu mesyuarat anggota sahaja.
(3)
Jika seorang juruaudit memberi notis bertulis kepada pengarah suatu syarikat Labuan bahawa dia berhasrat untuk meletakkan jawatannya, pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, memanggil suatu mesyuarat anggota syarikat itu bagi maksud melantik seorang juruaudit bagi menggantikan juruaudit
Syarikat Labuan 137
yang berhasrat untuk meletakkan jawatannya, dan apabila juruaudit yang lain telah dilantik, peletakan jawatannya itu akan berkuat kuasa.
(4)
Suatu syarikat Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari apa-apa pertukaran juruaudit syarikat itu, menyerahkan kepada
Lembaga suatu notis dan notis itu hendaklah disertakan dengan persetujuan juruaudit yang baharu itu.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1367).